Terma dan Syarat Sistem Affiliate Ameera Zaini
Tarikh akhir kemaskini: 10 November 2023

Sistem
Affiliate terdiri daripada dua level iaitu Affiliate dan Affiliate Pro yang akan didaftarkan di dalam website rasmi Ameera Zaini iaitu ameerazaini.com.
 
Berikut adalah terma syarat sistem Affiliate Ameera Zaini:

  1. Sistem Affiliate yang terdiri daripada Affiliate dan Affiliate Pro ini adalah mengikut ketetapan seperti dibawah:

      Affiliate  Affiliate Pro

     

    Kadar Komisen

     

    10% setiap helai  

    30% setiap helai

     

    Kuantiti Minimum(MOQ)   

     

    1 helai setiap bulan 50 helai setiap bulan         

  2. Koleksi baru akan dikongsikan terus di Instagram @ameerazainiofficial kemudian, bahan marketing akan diberikan di Telegram. Sebarang maklumat berkenaan koleksi baru akan dikongsikan selari dengan Instagram @ameerazainiofficial.

  3. Sistem ini membolehkan Ahli Affiliate untuk membeli stok mengikut permintaan pelanggan. Sistem ini memberi kelebihan kepada ahli Affiliate untuk terus berniaga tanpa pegang stok dan mengeluarkan modal sendiri.

  4. Ahli Affiliate perlu berdaftar di dalam ameerazaini.com dan status ahli Affiliate akan dikemaskini secara automatik pada setiap bulan bergantung kepada kuantiti pembelian yang dibuat. Affiliate dan Affiliate Pro boleh rujuk kepada kuantiti minimum pembelian yang telah dinyatakan di atas.

  5. MOQ yang ditetapkan untuk Affiliate kekal aktif adalah sebanyak 1 helai tudung sebulan. Sekiranya Affiliate tidak berjaya mencapai MOQ pada bulan tersebut, pada bulan seterusnya status Affiliate akan bertukar kepada pelanggan dan tidak lagi mendapat untung. Affiliate berpeluang untuk naik taraf kepada Affiliate Pro jika berjaya mencapai target pembelian 30 helai tudung sebulan.

  6. MOQ yang ditetapkan untuk Affiliate Pro kekal aktif adalah sebanyak 50 helai tudung sebulan. Sekiranya Affiliate Pro tidak berjaya mencapai MOQ pada bulan tersebut, pada bulan seterusnya status Affiliate Pro akan bertukar kepada Affiliate dan mendapat untung 10%. Affiliate Pro berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan sekiranya mencapai target yang ditetapkan oleh HQ.

  7. Ahli Affiliate boleh membuat pembelian koleksi tudung printed dengan ketetapan untung 10% bagi Affiliate dan 30% bagi Affiliate Pro untuk kedua-dua material iaitu Cotton Voile dan Silky Matte Satin. Sebarang perubahan kadar komisen ke atas produk yang telah ditetapkan, HQ akan maklumkan dari semasa ke semasa.

  8. Kelebihan yang akan diperoleh sebagai Affiliate dan Affiliate Pro di bawah Ameera Zaini adalah:

    a) Tidak perlu keluar modal dan tidak perlu pegang stok.
    b) Whatsapp group support HQ.
    c) Bahan marketing akan diberikan di Telegram.
    d) Sales dan Marketing class secara percuma.
    e) Diskaun AZ Coffee sebanyak 30% untuk semua minuman.
    f) 
    Ganjaran lumayan mengikut ketetapan HQ sepanjang tahun tersebut.
    g) Jemputan ke acara tahunan yang dianjurkan oleh HQ Ameera Zaini.

  9. Ahli Affiliate dan Affiliate Pro perlu membuat pembelian pada waktu yang sama dengan masa dan tarikh pelancaran setiap koleksi baru di ameerazaini.com. Contoh jika koleksi tersebut akan dilancarkan pada pukul 10.00 pagi pada hari Jumaat, ahli Affiliate boleh daftar masuk keahlian Affiliate dan buat pembelian seperti biasa bermula waktu tersebut di ameerazaini.com.

  10. Cara pengeposan barang adalah sama ada pos terus ke alamat anda atau ke alamat pelanggan anda. Semua pembelian akan diproses dalam masa 3 ke 5 hari bekerja daripada tarikh pembelian (tidak termasuk Sabtu, Ahad, dan Cuti Umum).

  11. Semua maklumat berkaitan pembelian seperti pengesahan tempahan, tracking number, dan tarikh self pick-up tempahan di HQ akan diberikan melalui email yang didaftarkan.

  12. Sebarang isu berkenaan produk boleh rujuk kepada ‘Return and Exchange Policy’ di ameerazaini.com. Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung terus melalui nombor khidmat pelanggan HQ.

 

Berikut adalah Maklumat Penting berkaitan Komisen Affiliate Link;


  1. Affiliate akan mendapat komisen daripada pembelian pelanggan yang menggunakan affiliate link untuk printed cotton dan satin sahaja.

  2. Affiliate boleh dapatkan 10% untung untuk basic dan instant collection melalui pembelian terus daripada akaun masing-masing sahaja.

  3. Affiliate tidak boleh membuat tuntutan komisen ke atas mana-mana pembelian basic dan instant collection pelanggan kerana hanya transaksi untuk printed collection sahaja yang ada di dalam rekod sistem.

  4. Komisen daripada pelanggan yang membuat pembelian menggunakan affiliate link akan dikira ke atas jumlah produk (printed sahaja) termasuk dengan diskaun yang diberikan di website dan bukan ke atas harga produk satu-persatu.

    Contoh 1: Jika pelanggan menggunakan voucher HELLO10 dan mendapat diskaun 10% ke atas jumlah yang dibeli;

    RM 65.00 - RM 6.50 (diskaun) = RM 58.50
    10% x RM 58.50 = RM 5.85

    RM 5.85 adalah jumlah komisen yang Affiliate akan dapat.

    Contoh 2: Jika pelanggan menggunakan voucher HELLO10 dan mendapat diskaun maksimum RM10.00 ke atas jumlah yang dibeli;

    RM 130.00 - RM 10.00 (diskaun) = RM 120.00
    10% x RM 120.00 = RM 12.00

    RM 12.00
    adalah jumlah komisen yang Affiliate akan dapat.

  5. Komisen ke atas jumlah produk daripada pelanggan yang membuat pembelian menggunakan affiliate link semasa SALE berlangsung di website adalah mengikut ketetapan HQ dan akan dimaklumkan di dalam group whatsapp daripada semasa ke semasa.

  6. Jumlah komisen yang diperolehi Affiliate akan tertera di dalam dashboard Affiliate beserta dengan maklumat order customer.

  7. Pembayaran komisen akan dibuat sebanyak dua(2) kali sebulan. Cut off pengiraan komisen adalah pada 15 hari bulan dan 30/31 setiap bulan. Pembayaran akan dibuat dalam masa seminggu daripada tarikh cut off komisen. Sebarang perubahan tarikh pembayaran komisen akan dimaklumkan oleh HQ kepada Affiliate yang terlibat.

Berikut adalah kemaskini platform terkini jenama AMEERA ZAINI:

  • Platform terkini jenama AMEERA ZAINI:
    1. Instagram 
    2. Website - www.ameerazaini.com
    3. AZ Affiliates
    4. Butik Ameera Zaini (IOI City Mall)
    5. Pop-Up Store Ameera Zaini Isetan KLCC
    6. Tiktok Live Shop AMEERA ZAINI HQ
    7. Other E-Commerce platforms (i.e Shopee, Lazada, Zalora etc)
    8. Offline Events 
  • Sehubungan itu, setiap pelancaran SEMUA produk Ameera Zaini akan berlaku serentak di semua platform yang tersebut di atas. Produk yang terlibat adalah:
    1. AZPrints
    2. AZBasics
    3. AZEssentials
    4. AZAccessories
    5. AZInstant
    6. Unreleased/Special Collections
    7. All Special Collaboration
  • Harga jualan adalah mengikut harga pasaran seperti yang ditetapkan oleh pihak HQ Ameera Zaini Sdn. Bhd. untuk setiap produk yang dilancarkan. Potongan harga boleh diberikan untuk setiap koleksi yang telah melebihi 3 bulan daripada tarikh pelancaran sahaja dan potongan tertinggi adalah sebanyak 50% kepada koleksi cotton printed dan 60% kepada koleksi satin printed kecuali terdapat promosi/baucar/potongan yang diberikan oleh platform e-commerce selain HQ.
Semua terma dan syarat di atas adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan tentang semua maklumat di atas boleh berhubung WhatsApp atau berhubung terus melalui nombor khidmat pelanggan Ameera Zaini di +6018-988 9664.