Terma & Syarat Gold Member Ameera Zaini
Sistem Affiliate kini dikenali sebagai Gold Member yang berdaftar di dalam laman web rasmi Ameera Zaini iaitu ameerazaini.com.
Berikut adalah terma dan syarat Gold Member Ameera Zaini;
-
Gold Member perlu mengikuti ketetapan seperti dibawah;
Gold Member
Untung
10% untuk basic dan essential
20% untuk AZ Sentuhan Raya (sah sehingga 31 Mac 2025)
30% untuk printed collection (selain AZ Sentuhan Raya)
Kuantiti Minima
5 helai setiap kategori produk dalam satu pembelian
-
Koleksi baru akan dikongsikan terus di Instagram ameerazainiofficial kemudian, bahan marketing akan diberikan di Telegram. Sebarang maklumat berkenaan koleksi baru akan dikongsikan selari dengan Instagram ameerazainiofficial.
-
MOQ yang ditetapkan untuk Gold Member kekal aktif adalah lebih kurang sebanyak 400 helai tudung setahun. Sekiranya Gold Member tidak berjaya mencapai 400 helai setahun, pada tahun seterusnya status Gold Member akan bertukar kepada Black Member dan tidak lagi mendapat apa-apa keuntungan yang ditetapkan.
-
Kelebihan yang akan diperoleh sebagai Gold Member di bawah Ameera Zaini adalah:
a. Whatsapp group HQ.
b. Bahan marketing akan diberikan di Telegram.
c. Diskaun AZ Coffee sebanyak 30% untuk semua minuman. -
Gold Member perlu membuat pembelian pada waktu yang sama dengan masa dan tarikh pelancaran setiap koleksi baru di ameerazaini.com. Contoh jika koleksi tersebut akan dilancarkan pada pukul 9.00 malam pada hari Rabu, Gold Member boleh daftar masuk keahlian Gold Member dan buat pembelian seperti biasa bermula waktu tersebut di ameerazaini.com.
-
Keuntungan untuk minima 5 helai setiap kategori produk dalam satu pembelian boleh didapati dengan cara memasukkan voucher code sebelum teruskan dengan pembayaran. Voucher code boleh didapati di dalam Whatsapp group.
-
Gold Member boleh mencampurkan kesemua kategori produk (minima 5 helai setiap kategori) di dalam satu pembelian kemudian perlu memasukkan voucher code satu per satu ke dalam ruang yang diberikan untuk mendapatkan keuntungan.
-
Semua pembelian akan diproses dalam masa 3 ke 5 hari bekerja daripada tarikh pembelian (tidak termasuk Sabtu, Ahad, dan Cuti Umum).
-
Semua maklumat berkaitan pembelian seperti pengesahan tempahan, tracking number, dan tarikh self pick-up tempahan di HQ akan diberikan melalui email yang didaftarkan.
-
Sebarang isu berkenaan produk boleh rujuk kepada ‘Return and Exchange Policy’ di ameerazaini.com. Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung terus melalui nombor khidmat pelanggan HQ.
-
Keahlian Gold Member di bawah Ameera Zaini Group Sdn. Bhd. akan aktif setelah anda mendaftar di laman web rasmi di ameerazaini.com.
- Segala kelebihan daripada Ameera Zaini Loyalty Program tidak sah untuk Gold Member.
Berikut adalah kemaskini platform terkini jenama AMEERA ZAINI:
-
Platform terkini jenama AMEERA ZAINI:
1.1 Instagram
1.2 Website www.ameerazaini.com
1.3 AZ Gold Member
1.4 Butik Ameera Zaini (IOI City Mall, AEON Mall Shah Alam, AEON Mall Nilai)
1.5 Pop-Up Store Ameera Zaini Isetan KLCC, SOGO KL
1.6 Tiktok Live Shop AMEERA ZAINI HQ
1.7 Other E-Commerce platforms(i.e Shopee, Lazada, Zalora etc)
1.8 OfflineEvents
-
Sehubungan itu, SEMUA produk Ameera Zaini akan dilancarkan serentak di semua platform yang tersebut di atas. Produk yang terlibat adalah:
2.1 AZ Prints
2.2 AZ Basics
2.3 AZ Essentials
2.4 AZ Accessories
2.5 AZ Instant
2.6 Unreleased/Special Collections
2.7 All Special Collaboration
-
Harga jualan adalah mengikut harga pasaran seperti yang ditetapkan oleh pihak HQ Ameera Zaini Sdn. Bhd. untuk setiap produk yang dilancarkan.
-
Potongan harga boleh diberikan untuk setiap koleksi yang telah melebihi 3 bulan daripada tarikh pelancaran sahaja dan potongan tertinggi adalah sebanyak 50% kepada koleksi cotton printed dan 60% kepada koleksi satin printed kecuali terdapat promosi/baucar/potongan yang diberikan oleh platform e-commerce selain HQ.
Dengan mendaftar sebagai Gold Member, anda bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat yang dinyatakan. Pihak kami berhak mengubah atau mengemaskini terma ini tanpa notis. Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan tentang semua maklumat di atas boleh berhubung terus melalui nombor khidmat pelanggan Ameera Zaini yang tertera di dalam website.
-------------------
Cara Daftar
Sila ikut arahan dibawah untuk memudahkan urusan pendaftaran sebagai Gold Member:
- Sebelum membuat pembayaran, pastikan anda daftar(sign up) akaun di website ini terlebih dahulu. Klik sini untuk mendaftar.
- Bayar yuran pendaftaran di sini.
- Maklumkan kepada kami melalui WhatsApp selepas selesai mendaftar. Klik sini.
- Tunggu respon* dari team AZ. Kesabaran anda amat kami hargai.
*9am - 6pm, Isnin-Jumaat (Kecuali Hari Kelepasan Am)